Monday, October 23, 2006

~SALAM AIDILFITRI~

Assalammu’alaikum..

Ramadhan sudah smpai penghujungnya. Syawal pula menjelma..hilangnya ramadhan sukar diganti, kerana tidak pernah dijanjikan utk bertemu pd Ramadhan yg akan datang..Syawal yg tiba adalah tanda kemenangan kita semua jika kita sedaya upaya menjadikan Ramadhan sebagai bln Tarbiyyah ke arah Mukmin yg sebenarnya..insyaALLAH, moga amalan pd bulan Ramadhan ini akan terus berkekalan & istiqomah pd bulan2 seterusnya hingga titik akhir kehidupan kita…insyaALLAH..
Buat sahabat2 ana…di sini ana mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN. Ana hnyalah manusia biasa yg punya kelemahan & kekurangan diri..namun kita masih diberi peluang utk memperbaiki diri mjadi lebih baik..
insyaALLAH..^_^

Wednesday, October 11, 2006

^SeMiNaR KeSiHaTaN^


Assalammu'alaikum w.b.t...

hmm juz drop by nk upload pics mase seminar yg kitorg organize ari tuh..hu2~...sahabat2 ana sume muke penat.de yg xlrt nk senyum...siannyer... ; )
Alhamdulillah segala2nya berjalan dgn baik berkat dari doa kami & kerjasama dr rakan2 seperjuangan ana...
k tahniah kpd kalian sume!n xlupe nk wish u ALL d' BEST for final exam...juz around d' corner
Do d' best k!
pray hard + study smart! (^_^)
ma'assalamah

^Me LOnELY^

Bismillahirrahmanirrahim...

Im sorry…lame xtulih kt bolg nih.coz im pretty bz nowadays…as it comes my exams n asgnmts..so tiring…
Hmm sometimes ana rasakan yang ana seolah-olah keseorangan and I do feel like there's no one out there can understand me.they couldnt get what Im trying to say and when I have problems,they couldnt understand the way I want it to be solved."ala..releks la.jangan tension2..erm that sort of things..tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak.mungkin kita pun tak faham diorang...uish susah la macam ni.sometimes I do feel like I need someone who really2 can understand me to share all the things that i've gone thru.and always i thought,that someone is never exist.,
I know that I was totally wrong.there's always someone whom I can share every single thing that I want.HE would never fail to listen and the most important thing is HE understands me more than myself could...
Wallahu’alam
wassalam…

Be a gOod persOn tO everybody, always ask urself tO be better, pray hard+wOrk smart k! (^_^)

Tuesday, October 10, 2006

~Me~



Bismillahirrahmairrahim...

Muslimah yg dikasihi..

Jadilah wanita solehah, perempuan acuan al-Qur’an, ‘hurun ‘ein syurga sebelum syurga’.. Bakal seorang ibu, bukan sebarangan ibu! Bakal seorang isteri mithali yang boleh menyerahkan diri.. Bintang hati bakal suami.. Terus bersinar dan istiqamah menyinari.. Menjadi mujahidah yang menghayati perjuangan.. Yang mana perasaan, percakapan dan tindakannya telah dikuasai kesanggupan terhadap perjuangan demi ALLAH.. Mu’minah yang punya ta ‘alluq bilLAH yang kuat & Puteri Hawa kesayangan Adam...

insyaALLAH.. =)

Thursday, October 05, 2006

~MuSLiMaH~

Akulah Si Tulang yang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah kejadian

Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan

Aku...
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang pejuang di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia
penyejuk mata
pembina semangat waja
penguat jiwa...

Aku pinta
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Yang menjadi sumber ketenangan Muhammad jua
Bebas jiwa dari belenggu perasaan
Keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan...

Moga diriku...
Setulus Siti Fatimah
Dimana...
Yang sentiasa ditinggalkan suaminya
Dihantar pemergian tanpa bertanya...
"Bila akan pulangnya...?"

Jadikan diriku...
Disambut kepulangan dengan khidmat...bersulam kemesraan.
Rumahtangga adalah syurga,tempat suburnya
Cinta ketuhanan akal yang tunggal...
tidak akan dibiar hanya bergelar
dicelahan periuk belanga...
Dibalik lipatan lampin anak
Mengjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir.

Namun...
"siapalah aku untuk memiliki watak itu...."
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di jiwa
Maka kurniakanlah aku akan semangatnya..
Sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umair
Yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnul Awwaam yang diangkat oleh Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan Ibunya...
Setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dah kekurangan...

Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah...
Rela direbus demi mempertahankan...
Iman atau suci Maryam yang seluruh hidupnya
mengabdikan diri kepada Tuhan.

Meskipun aku bukan ibunya yang memiliki
peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani...
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Illahi
Mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid.
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka
bumi Allah dengan kesolehan...
Yang saling rela berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sepertimana Kisah Seorang Ibu yang telah
kematian putera-puteranya di medan jihad.
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia..
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
aku rela dia turut gugur di jalan Allah..."

Namun jika aku....
Kau Takdirkan akan kehilangan mereka...
Tetapkanlah hatiku setenang Ummu faisal...
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatMu
Tuhan redhailah daku yang dhaif ini sebagai HambaMu...

Inilah pengaduan ku...
Harapan dan munajat kepadaMu
kiranya kekasihMu sendiri pernah berucap....
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah perempuan"
JIkatTanpa petunjukMu...
Selangkah yang mengiring ku ke syurga..
Sederap mencebur ke neraka..

Wallahu'alam..

p/s:marilah menyelam ke lautan tak bertepi mengenal Zat Yang Maha Tinggi..renungan ini sebagai santapan rohani..MEMBINA HIDUP DI LANDASAN ISLAMI..