Monday, October 23, 2006

~SALAM AIDILFITRI~

Assalammu’alaikum..

Ramadhan sudah smpai penghujungnya. Syawal pula menjelma..hilangnya ramadhan sukar diganti, kerana tidak pernah dijanjikan utk bertemu pd Ramadhan yg akan datang..Syawal yg tiba adalah tanda kemenangan kita semua jika kita sedaya upaya menjadikan Ramadhan sebagai bln Tarbiyyah ke arah Mukmin yg sebenarnya..insyaALLAH, moga amalan pd bulan Ramadhan ini akan terus berkekalan & istiqomah pd bulan2 seterusnya hingga titik akhir kehidupan kita…insyaALLAH..
Buat sahabat2 ana…di sini ana mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN. Ana hnyalah manusia biasa yg punya kelemahan & kekurangan diri..namun kita masih diberi peluang utk memperbaiki diri mjadi lebih baik..
insyaALLAH..^_^

Wednesday, October 11, 2006

^SeMiNaR KeSiHaTaN^


Assalammu'alaikum w.b.t...

hmm juz drop by nk upload pics mase seminar yg kitorg organize ari tuh..hu2~...sahabat2 ana sume muke penat.de yg xlrt nk senyum...siannyer... ; )
Alhamdulillah segala2nya berjalan dgn baik berkat dari doa kami & kerjasama dr rakan2 seperjuangan ana...
k tahniah kpd kalian sume!n xlupe nk wish u ALL d' BEST for final exam...juz around d' corner
Do d' best k!
pray hard + study smart! (^_^)
ma'assalamah

^Me LOnELY^

Bismillahirrahmanirrahim...

Im sorry…lame xtulih kt bolg nih.coz im pretty bz nowadays…as it comes my exams n asgnmts..so tiring…
Hmm sometimes ana rasakan yang ana seolah-olah keseorangan and I do feel like there's no one out there can understand me.they couldnt get what Im trying to say and when I have problems,they couldnt understand the way I want it to be solved."ala..releks la.jangan tension2..erm that sort of things..tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak.mungkin kita pun tak faham diorang...uish susah la macam ni.sometimes I do feel like I need someone who really2 can understand me to share all the things that i've gone thru.and always i thought,that someone is never exist.,
I know that I was totally wrong.there's always someone whom I can share every single thing that I want.HE would never fail to listen and the most important thing is HE understands me more than myself could...
Wallahu’alam
wassalam…

Be a gOod persOn tO everybody, always ask urself tO be better, pray hard+wOrk smart k! (^_^)

Tuesday, October 10, 2006

~Me~



Bismillahirrahmairrahim...

Muslimah yg dikasihi..

Jadilah wanita solehah, perempuan acuan al-Qur’an, ‘hurun ‘ein syurga sebelum syurga’.. Bakal seorang ibu, bukan sebarangan ibu! Bakal seorang isteri mithali yang boleh menyerahkan diri.. Bintang hati bakal suami.. Terus bersinar dan istiqamah menyinari.. Menjadi mujahidah yang menghayati perjuangan.. Yang mana perasaan, percakapan dan tindakannya telah dikuasai kesanggupan terhadap perjuangan demi ALLAH.. Mu’minah yang punya ta ‘alluq bilLAH yang kuat & Puteri Hawa kesayangan Adam...

insyaALLAH.. =)

Thursday, October 05, 2006

~MuSLiMaH~

Akulah Si Tulang yang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah kejadian

Namun biarlah kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya...
Kiranya aku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah aku kekuatan yang membolehkan

Aku...
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang pejuang di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan yang melayakkan aku
Menjadi teman setia
penyejuk mata
pembina semangat waja
penguat jiwa...

Aku pinta
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Yang menjadi sumber ketenangan Muhammad jua
Bebas jiwa dari belenggu perasaan
Keperempuanan yang memiliki nafsu sembilan...

Moga diriku...
Setulus Siti Fatimah
Dimana...
Yang sentiasa ditinggalkan suaminya
Dihantar pemergian tanpa bertanya...
"Bila akan pulangnya...?"

Jadikan diriku...
Disambut kepulangan dengan khidmat...bersulam kemesraan.
Rumahtangga adalah syurga,tempat suburnya
Cinta ketuhanan akal yang tunggal...
tidak akan dibiar hanya bergelar
dicelahan periuk belanga...
Dibalik lipatan lampin anak
Mengjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir disebalik tabir.

Namun...
"siapalah aku untuk memiliki watak itu...."
dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di jiwa
Maka kurniakanlah aku akan semangatnya..
Sememangnya aku mengimpikan
Watak seorang ibu yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Mus'ab bin Umair
Yang menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnul Awwaam yang diangkat oleh Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan Ibunya...
Setelah melalui zaman anak-anak yang yatim dah kekurangan...

Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah...
Rela direbus demi mempertahankan...
Iman atau suci Maryam yang seluruh hidupnya
mengabdikan diri kepada Tuhan.

Meskipun aku bukan ibunya yang memiliki
peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani...
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Illahi
Mudah-mudahan zuriatku bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid.
Srikandi-srikandi yang memakmurkan muka
bumi Allah dengan kesolehan...
Yang saling rela berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sepertimana Kisah Seorang Ibu yang telah
kematian putera-puteranya di medan jihad.
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia..
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
aku rela dia turut gugur di jalan Allah..."

Namun jika aku....
Kau Takdirkan akan kehilangan mereka...
Tetapkanlah hatiku setenang Ummu faisal...
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan untuk membulatkan kecintaan buatMu
Tuhan redhailah daku yang dhaif ini sebagai HambaMu...

Inilah pengaduan ku...
Harapan dan munajat kepadaMu
kiranya kekasihMu sendiri pernah berucap....
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah perempuan"
JIkatTanpa petunjukMu...
Selangkah yang mengiring ku ke syurga..
Sederap mencebur ke neraka..

Wallahu'alam..

p/s:marilah menyelam ke lautan tak bertepi mengenal Zat Yang Maha Tinggi..renungan ini sebagai santapan rohani..MEMBINA HIDUP DI LANDASAN ISLAMI..

Wednesday, October 04, 2006

~I'm proud to be a Muslim~ (^_^)

Seorang gadis ituyang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh kasih sayang semuanya, cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong , pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya ... seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah . seorang gadis itu ...perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya, dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ... seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ... seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...kerana seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Allah yang menciptakan, dari Allah yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia! seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, da'ieyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ... seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI! amin....

Sunday, October 01, 2006

all d' best 2 u...

Assalammu'alaikum w.b.t

hm tgh nervous giler nih tp smpt lg OL..jp g ade test eco,pkul2..subjek yg ana anggap killer paper hu2~
xpe la yg penting kite buat yg terbaik!insyaALLAH...bc doa sblm mula, mtk diterangkan hati & dipermudahkan utk mnjwb soalan..
all d bez 2 me k! (^_^)
ma'assalamah..

~SaHaBaT~

Assalammu’alaikum w.b.t (^_^)

erm…gmbar ni di ambil mase berlansungnya majlis my sis wedding.mase ni da lame sgt ana xjumpe diorang…al maklumlah masing2 tgh bz.ni lah masenye utk bkumpul smule.rindu sgt dgn kalian!!!he2~…saje taruk gmbar nih coz tibe2 rase rindu bangat dgn Emma,Fieza,Ba’yah & Nadia..hmm bile kite bleh jumpe lagi eyk?!
yg penting jgn lupekan ana sebagai sahabat sejati kalian k!..miz u all!!!umph muacks! (",)

Saturday, September 23, 2006

SaLaM RaMaDHaN...

"SeLaMaT MenYaMbuT RaMaDHaN aL-MuBaRak & SeLaMaT MeNgErJaKaN iBaDaH PuaSa"
(^_^)

Wednesday, September 06, 2006

~DULU & KINI~

DULU
ALLAH SEBAGAI TUHAN
SUNNAH JADI IKUTAN
AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN
PEMIMPIN DISEGANI
HUDUD AMALAN HUKUMAN BATASAN DALAM PERGAULAN
PARA SAHABAT DALAM INGATAN
SYAHID JADI WAWASAN
ULAMA’ JADI TATAPAN
KEHORMATAN DIPERTAHANKAN
ITULAH PEGANAGAN
SEBAGAI PENGUKUHAN IMAN
KINI
AGAMA MENJADI MAINAN!
AL-QURAN SEKADAR HIASAN
NAFSU JADI SEMBAHAN
LARANGAN JADI HIBURAN
ARAK DAN JUDI SEBAGAI TEMAN
SURUHAN AGAMA DITINGGALKAN
ULAMA’ DILUPAKAN
SEGALA TEGURAN DIBERI HUKUMAN!
PARA PENDAKWAH SENTIASA DI LAWAN
PARA PENDAI’ MULA MENYEPI!
SEBENARNYA…MEREKA ADALAH KITA!!!
AYUH! TEGAKKAN ISLAM!!!

KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN

Dahulunya ana masih tidak mengenali erti kegagalan dan jauh sekali untuk mendalaminya…bagi ana hidup ketika itu hanyalah untuk bergembira tanpa menghiraukan apa erti masalah. Tangisan rajukkan ketika itu bukan beerti ana menghadapi kegagalan dan kekecewaan, tetapi ia adalah satu lumrah yg biasa berlaku bagi kanak-kanak yg hnya merintih jika kehendak ana tidak dituruti…….
Tetapi zaman kanak-kanak ana sudah berlalu, kini ana sudah dewasa dan mampu utk berfikir serta mendalami perasaan itu. Ana sudah dpt mengenali dan merasai apa itu erti kekecewaan dan kegagalan,tidak dapat ana ungkapkan dan definisikan betapa perit serta sedihnya hati jika menempuhi kegagalan. Jika diizinkan tuhan ana ingin terus menyingkirkan perasaan dan kegagalan ini daripada hadir dalam diari hidup ana. Tetapi adakah ana mampu melakukannya?persoalan ini akan dapat dijawab jika yg memikul tanggungjawab sebagai seorang itu terus berusaha dgn keras serta tekun tanpa melupakan memohon ke hadrat Illahi utk berjaya. Mungkin dengan usaha dan doa kepada Allah dapat mengelakkan drp situasi ini berlaku. Bagi golongan yg masih menuntut ilmu seperti ana ini, tentu menginginkan kejayaan dlm peperiksaan,kehidupan di dunia & akhirat tetapi ada juga golongan yg kecewa kerana gagal dlm percintaan dan tidak kurang juga ada golongan yg rasa kecewa kerana gagal dalam mendapatkan sesuatu yg penting dalam hidup seperti harta, pangkat, jawatan serta nikmat-nikmat dunia yg lain….Jika dihalusi secara mendalam, perasaan kecewa ini lahir dari hati manusia kerana memperolehi kegagalan dalam mengejar sesuatu perkara yg berkaitan dgn duniawi sahaja…
Adakah kita pernah terfikir untuk tidak mahu kecewa dan tidak mahu menerima kegagalan apabila disoal oleh MUNKAR dan NAKIR di dalam kubur nanti?ketika itu perasaan kecewa yg teramat sabgat akan dirasai jika tidak mempunyai amalan soleh yg secukupnya ketika di dunia…RENUNGKANLAH…..
Segala yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T…dan segala kelemahan datangnya dari kelemahan diri ana sendiri
Wallahu’alam… =)

Tuesday, September 05, 2006

Syaitan menolong umat islam ke masjid??

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

BERSYUKURLAH...

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang solehtelah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

HaTi & PeRaSaaN ---<@

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudianberjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya iatidak, pastikanlah ia terus mekar di alam hati anda. Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis..
Wallahu A'lam =')