Wednesday, September 06, 2006

KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN

Dahulunya ana masih tidak mengenali erti kegagalan dan jauh sekali untuk mendalaminya…bagi ana hidup ketika itu hanyalah untuk bergembira tanpa menghiraukan apa erti masalah. Tangisan rajukkan ketika itu bukan beerti ana menghadapi kegagalan dan kekecewaan, tetapi ia adalah satu lumrah yg biasa berlaku bagi kanak-kanak yg hnya merintih jika kehendak ana tidak dituruti…….
Tetapi zaman kanak-kanak ana sudah berlalu, kini ana sudah dewasa dan mampu utk berfikir serta mendalami perasaan itu. Ana sudah dpt mengenali dan merasai apa itu erti kekecewaan dan kegagalan,tidak dapat ana ungkapkan dan definisikan betapa perit serta sedihnya hati jika menempuhi kegagalan. Jika diizinkan tuhan ana ingin terus menyingkirkan perasaan dan kegagalan ini daripada hadir dalam diari hidup ana. Tetapi adakah ana mampu melakukannya?persoalan ini akan dapat dijawab jika yg memikul tanggungjawab sebagai seorang itu terus berusaha dgn keras serta tekun tanpa melupakan memohon ke hadrat Illahi utk berjaya. Mungkin dengan usaha dan doa kepada Allah dapat mengelakkan drp situasi ini berlaku. Bagi golongan yg masih menuntut ilmu seperti ana ini, tentu menginginkan kejayaan dlm peperiksaan,kehidupan di dunia & akhirat tetapi ada juga golongan yg kecewa kerana gagal dlm percintaan dan tidak kurang juga ada golongan yg rasa kecewa kerana gagal dalam mendapatkan sesuatu yg penting dalam hidup seperti harta, pangkat, jawatan serta nikmat-nikmat dunia yg lain….Jika dihalusi secara mendalam, perasaan kecewa ini lahir dari hati manusia kerana memperolehi kegagalan dalam mengejar sesuatu perkara yg berkaitan dgn duniawi sahaja…
Adakah kita pernah terfikir untuk tidak mahu kecewa dan tidak mahu menerima kegagalan apabila disoal oleh MUNKAR dan NAKIR di dalam kubur nanti?ketika itu perasaan kecewa yg teramat sabgat akan dirasai jika tidak mempunyai amalan soleh yg secukupnya ketika di dunia…RENUNGKANLAH…..
Segala yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T…dan segala kelemahan datangnya dari kelemahan diri ana sendiri
Wallahu’alam… =)

No comments: