Saturday, September 23, 2006

SaLaM RaMaDHaN...

"SeLaMaT MenYaMbuT RaMaDHaN aL-MuBaRak & SeLaMaT MeNgErJaKaN iBaDaH PuaSa"
(^_^)

Wednesday, September 06, 2006

~DULU & KINI~

DULU
ALLAH SEBAGAI TUHAN
SUNNAH JADI IKUTAN
AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN
PEMIMPIN DISEGANI
HUDUD AMALAN HUKUMAN BATASAN DALAM PERGAULAN
PARA SAHABAT DALAM INGATAN
SYAHID JADI WAWASAN
ULAMA’ JADI TATAPAN
KEHORMATAN DIPERTAHANKAN
ITULAH PEGANAGAN
SEBAGAI PENGUKUHAN IMAN
KINI
AGAMA MENJADI MAINAN!
AL-QURAN SEKADAR HIASAN
NAFSU JADI SEMBAHAN
LARANGAN JADI HIBURAN
ARAK DAN JUDI SEBAGAI TEMAN
SURUHAN AGAMA DITINGGALKAN
ULAMA’ DILUPAKAN
SEGALA TEGURAN DIBERI HUKUMAN!
PARA PENDAKWAH SENTIASA DI LAWAN
PARA PENDAI’ MULA MENYEPI!
SEBENARNYA…MEREKA ADALAH KITA!!!
AYUH! TEGAKKAN ISLAM!!!

KEKECEWAAN DAN KEGAGALAN

Dahulunya ana masih tidak mengenali erti kegagalan dan jauh sekali untuk mendalaminya…bagi ana hidup ketika itu hanyalah untuk bergembira tanpa menghiraukan apa erti masalah. Tangisan rajukkan ketika itu bukan beerti ana menghadapi kegagalan dan kekecewaan, tetapi ia adalah satu lumrah yg biasa berlaku bagi kanak-kanak yg hnya merintih jika kehendak ana tidak dituruti…….
Tetapi zaman kanak-kanak ana sudah berlalu, kini ana sudah dewasa dan mampu utk berfikir serta mendalami perasaan itu. Ana sudah dpt mengenali dan merasai apa itu erti kekecewaan dan kegagalan,tidak dapat ana ungkapkan dan definisikan betapa perit serta sedihnya hati jika menempuhi kegagalan. Jika diizinkan tuhan ana ingin terus menyingkirkan perasaan dan kegagalan ini daripada hadir dalam diari hidup ana. Tetapi adakah ana mampu melakukannya?persoalan ini akan dapat dijawab jika yg memikul tanggungjawab sebagai seorang itu terus berusaha dgn keras serta tekun tanpa melupakan memohon ke hadrat Illahi utk berjaya. Mungkin dengan usaha dan doa kepada Allah dapat mengelakkan drp situasi ini berlaku. Bagi golongan yg masih menuntut ilmu seperti ana ini, tentu menginginkan kejayaan dlm peperiksaan,kehidupan di dunia & akhirat tetapi ada juga golongan yg kecewa kerana gagal dlm percintaan dan tidak kurang juga ada golongan yg rasa kecewa kerana gagal dalam mendapatkan sesuatu yg penting dalam hidup seperti harta, pangkat, jawatan serta nikmat-nikmat dunia yg lain….Jika dihalusi secara mendalam, perasaan kecewa ini lahir dari hati manusia kerana memperolehi kegagalan dalam mengejar sesuatu perkara yg berkaitan dgn duniawi sahaja…
Adakah kita pernah terfikir untuk tidak mahu kecewa dan tidak mahu menerima kegagalan apabila disoal oleh MUNKAR dan NAKIR di dalam kubur nanti?ketika itu perasaan kecewa yg teramat sabgat akan dirasai jika tidak mempunyai amalan soleh yg secukupnya ketika di dunia…RENUNGKANLAH…..
Segala yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T…dan segala kelemahan datangnya dari kelemahan diri ana sendiri
Wallahu’alam… =)

Tuesday, September 05, 2006

Syaitan menolong umat islam ke masjid??

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

BERSYUKURLAH...

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang solehtelah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

HaTi & PeRaSaaN ---<@

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudianberjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya iatidak, pastikanlah ia terus mekar di alam hati anda. Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis..
Wallahu A'lam =')